Welcome To My Life..!!........

Free HTML Codes

` This Blog Menceritakan Semua Kisah Tentang AKU `...

Thursday, March 19, 2015

kisah cinta kita

MENGIMBAU KEMBALI .....

Sejak pertama kali aku melihatmu , di taman medan Machang 
bersebelahan pejabat poslaju bersama marxpex a.k.a Norizuan .
Fikiran ku menjadi tak tentu arah ! aku tak tahu kenapa tiba-II
Perasaan itu muncul . Saat itu kau memakai baju berwarna hitam 
atau dark blue ( tak pasti ) heheh ...

Pada waktu tu kita berempat ditemani adikku joyah ! berjanji untuk 
bertemu setelah lama berkenalan dalam WECHAT ! . Saat tu kami dah kenal
Marxpex a.k.a Norizuan terlebih dahulu . Dalam perkenalan tersebut , 
aku juga mengenali kawan-II terdekat mu iaitu Be ade , bemat ,
Bepul , Besaa MFIJ , Bedauh , dan sewaktu dengannya . 

Perkenalan kita yang bermula dari grup wechat yang di invite oleh Marxpex
sebab kami ( aku dan adek aku joyah ) pura-ii bergaduh dalam wechat menjadi viral pada marxpex dan teman-ii nya , dan pada saat itu kita berdua bergaduh besar sebab awak 
telah menyakitkan hati saya . 

Selepas kejadian pergaduhan itu saya telah banyak kali block awak , tapi
ia juga telah menjadi viral tentang kita dalam group tersebut sehinggakan 
member awak MFIJ a.k.a abesaaa telah pm ( private msg ) sy dan telah screenshot
sms awak hantar dekat dia yang berbunyi begini " sa .. mung tahu kea aku benci nok
gi taman mache tuh ! tapi demi ira .. aku gi jugok " . Dalam pada masa yang sama ,
saya tak pernah percayakan kata-ii awak dan member awak dan terus abaikan sms tersebut . Tapi , saya plak ditegur oleh be ade utk unblock awak balik! sebab terlalu bosan dengan mereka . Saya terus unblock awak , lama-kelamaan handphone saya rosak .

Sekian lama tak main wechat , saya online facebook jer di tempat kerja . Tapi dalam facebook saya lah stalker berjaya bila dapat jumpa semua facebook mereka dan ADD semua sebagai member . Tapi , dalam saya bermain facebook ! awak plak datang pm saya untuk meminta maaf tentang perkara lalu . Dengan hati yang ikhlas dan kool ,
awak saya maafkan . Awak terus buat muka tak malu mintak nom fon saya , tapi saya tak bagi haha .. padan muka awak kan ? Then , saya tengok awak tinggal nom fon kat sana . Saya pun tatau kenapa tangan saya gatal sangat nak sms awak ! 

After this , terciptalah satu persahabatan yang tak pernah dijangka . Awak selalu contact saya dan kita jadi sahabat baik ! lama-kelamaan persahabatan itu bertukar menjadi sebuah percintaan . Dari 28-8-14 terciptalah sebuah hubungan cinta yang tidk pernah dijangka akan terjadi antara kita kerana sebuah pergaduhan besar daalm wechat 
last-ii jadi couple !

Awak tahu tak masa tuh sebenarnya saya benci giler dekat awak ! betullah orang-ii cakap . Bila terlalu bencikan seseorang tu , perasaan tu akan bertukar jadi sayang serta merta . Tapi , nie semua rancangan Allah . so , apa-ii pun kita kena bersyukur sebab diberi peluang mengenali antara satu sama lain kan ?

One day ! saya nak sangat awak baca kisah-ii nie . tapi ..bila awak dah baca blog nie . Mungkin saya dah tiada dalam kehidupan awak kan ? sebab saya ingat , kalau boleh nak suruh awak baca semua nie bila saya dah tiada . Mungkin awak akan lebih menghargai saya nanti . betul x ? hehe .. sedih ? redha kan lah ..Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya .. dan Allah berfirman : “Kullu Nafsin Dzaiqotul Maut” (21:35)-Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati-

Allah SWT berfirman: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. " (QS. Al-Imran:185)

No comments:

Post a Comment