Welcome To My Life..!!........

Free HTML Codes

` This Blog Menceritakan Semua Kisah Tentang AKU `...

Tuesday, August 11, 2015

Kecewa lagi dan lagi ! why ? sebab aku percaya lagi dengan kata2 manis
insan bergelar lelaki .
AHM . you are the last breath !

Monday, April 20, 2015

hE lEave ME

Why you leave me alone ?
awak pergi lagi untuk 3 bulan .. Awak selalu tinggal saya biy .
Saya rindukan kehadiran awak agar mengindahkan hari2 saya .;
Tapi saya redha kalau ini adalah masa depan dan kerjaya awak ,

Awak tahu tak saya sayang awak sangat2 biy .
Kenapa kita perlu berpisah ? Biy .. Kalau sayang kenapa tak satukan jer kita 
agar kita tidak lagi berpisah ? Saya sayang awak and 
awak pun sayang saya . I trust you love me enough when
you cry at the time you want to leave . Why biy ?
Saya terharu sangat awak nangis untuk saya . Terima kasih sangat !

For you information , i love you so much and i really need you ..
You give me a strength , when i give up ..
We share pur love , we shre our problem ..
we create anything who will give any memories ...

and only we know and we doing this . Sayang , i wait you 3 month ,,
I hope when you come back , you will remeber our last time we meet .
You and me like an acting when we can't leave each other at this time
and i know that you love me so much ..

I pray to Allah , one day we gonna be married and you will be my husband ,,
I be your wife .. In shaa allah .. amin

Monday, April 13, 2015

Sebab hawa diciptakan ketika adam tidur

Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

Sunday, April 12, 2015

Dear Diari :'(

Dear diari ,
ternyata aku salah pilih lagi ..dan pilihan aku untuk memilih biy

jadi pasangan hidup aku tak tepat ! sebab dia tak pernah hargai kehadiran
aku dalam hidup nya lagi . 

Dear diari ,  
kau tahu kan aku dah sayang sangat kat dia dan setia giler dengan dia .
tapi dia tak pernah nak hargai kesetiaan aku dan akhirnya menyakiti hatiku dengan
menyerah kalah dan angkat kaki dari kehidupan aku ..

Dear diari , 
aku selalu pesan dalam hati aku bahawa jangan pernah lukakan hati seorang
yang aku sayang dan aku dah tunaikan janji aku , aku tak pernah kecewakan dia
dengan sikap kanak-ii aku . Memang ! memang dia pernah beritahu aku yang dia 
tak pernah sukakn perangai kanak-ii aku , tapi . aku cuba berubah slowly
untuk dia ! agar dia belajar menyayangi aku dan menerima aku seadanya . Tapi aku salah anggap ! sebab dia tak pernah sedar dengan kehadiran aku . Tambah2 lagi dia boleh
persoalkan yang aku curang dengan dia . Aku sedih takde sape tau , semalaman aku tak lena ! Ingin sekali mencuba lelapkan mata , tapi kenangan lalu mengimbas kembali .

Dear diari ,
perlu ke aku tunggu dia untuk 3,4tahun lagi ? atau aku kahwin jer dengan sesape yang rasa ingin mengisterikan aku . Cinta ! tak pernah berikan aku kebahagiaan . Memang
aku tak pernah bahagia dengan orang yang aku cinta ! kehadiran mereka ibarat mimpi
indah dalam hidup aku , dia akan berterusan selagi aku tak pernah sedar dari mimpi itu
dan aku takkan tau siapa "dia" dalam kehidupan sebenar jika aku tak pernah ingin keluar dari angan-ii , Mungkin aku harus pergi dari hidup kau biy . Biar kau sedar nanti yang
kau sudah kehilangan aku , seseorag yang amat menyayangi mu dan terlalu mncintai mu .

Mungkin kau takkan nampak sekarang ! bila aku dah pergi kau akan tahu betapa berharganya aku dalam hidup kau , Berikan aku sedikit masa untuk lupakan dirimu dan aku akan pergi dari kehidupan mu . Maafkan segala kesalahan aku , halalkan makan minum ku , maafkan juga gurauan kasar dan gurauan yang menyakitkan hatimu kadangkala . Mungkin aku cuma bergurau dan ia telah meragut kepercayaan mu terhadapku , Aku cuma ingin kau tahu , aku sayang kau sangat2 dan izinkan aku pergi dari kehidupan mu . 

Wednesday, April 1, 2015

Rumah baru *

2015 ..
Segalanya berubah bila saya dan Ely dah discuss untuk datang PJ masa bulan 8 
2014 lagi , oleh sebab takde masa yang sesuai untuk datang KL , we stay 
at Kelantan sampai hujung tahun . So , bila da start bulan baru , kami
telah planning untuk pindah ke kL ,.. aku bersama Ely terus mengikut
kakak nya Emy untuk stay at her house at pj kat Jalan 222 ..

Bila dah sampai KL .. Seminggu kitorang rest and duduk jer dulu
sambil cari keje , pastu First day kitorang gi interview keje
Safeguard , tapi tak dapat ,haaha ape lah nasib . Then macam putus asa
sebab keje kat tempat lain jauh sangat , moreover kitorang takde
transport untuk bergerak . So ! kitorang terjumpa lha satu pasaraya
dekat rumah yang paling dekat iaitu Speedmart99 . Try mintak keje kat sana ,
dapat lah salah sorang jadi cashier , so aku memang surrender nak pergi keje
kat sana sebab banyak anjing woo ...

So , aku dan Ely discuss macam mana dengan kerja tuh , dalam tunggu kerja
tu panggil . Kak Shida plak tengah recommend kerja Reception kat aku !
So ape lagi ? aku on jer lha . Sebab keje opis .. Dah tentu2 aku kena
pakai baju kurung , skirt . Haaha like my dreaming before aku datang KL
nak berubah ke arah kebaikan , Masa gi interview , Terus aku dapat keje
haritu jugak ! then aku pom sambung lha kerja aku hari-ii . Tapi basic keje
rm900 jer ..Kalau nak pikirkan gaji yang aku dapat memang tak padan lha
dengan aku nak bayar rumah dan bilik sekaligus , makan lagi , pakai aku lagi ,
topap lagi . Hmm keje akuk senang jer , Jwab call dekat opis jer , Hmm

Ely belum dapat keje , Masa tu Kak yaya adew recommend keje kat dia ,
Gaji basic rm1300 ,pergh ! admin . tak susah pom keje , dapat interview then dia
dia pom terus dapat keje , tapi tanak keje plak . Semiggu kemudian balik tinggal aku ,
Oh sedihnya . huhu tapi nak wat camne . Aku ok ! yeah . aku oksebab aku dah besar . So , segala impian yang kami idamkan dari kampung tak tercapai jugak bila dia
dah pergi tinggal aku . Sekarang aku tengah pkir
mane nak pindah dan keje katner , gaji aku nak mampus ! aku memang tak cukup
makan . huhuhuuu sekian

Tuesday, March 31, 2015

My Little Sweet Sour Hubby -_-

*Hai ! my name is AHM .. hehe :) i am her boyfie ..

comel x caption tuh ? hmm .. cute ? oh no !

He is my little hubby or i just called him biy ..
Handsome x ? handsome x ? oh .. tak handsome tak senyum erk ? ohk lha .. huhuu , his don't like to give any smile to me or everyone .  so ? so we just see him like this . 

3 months he stay here , at Kajang . But we don't meet each other , just contact when he need me . hmm
Why he doing like this ? i think he so busy maybe , hm 
try to be a positive thinker . hehee 




biy .. Why u do this to me ? u make me hurt .but u don't realize it .
How could i tell you that i am very suffer with you now ? you make me
like never exist in your life . Why biy ? why u must doing like this to me ?
If you don't love me anymore . Just leave me ! but don't make me suffer biy . 
I love you and you know that , right ?

If you think this is fair to me and you . Let we see , wht will happen with
us after this ok . hmm

biy .. u know that i don't want someone others except you ! and do you think
that you are very handsome ? haaha thats why u must have a many girls , is it ?
if you think like that , i don't know what to do . But to me ! u always the right one
and you are very handsome in my world honey ,, i'm blind to see others . Because
my heart belong to you , stay with u , always with you forever and ever . hm :(

Roh org mati tidak akan kembali .

Soalan:
Ini kisah benar yang menimpa saya dan amat merunsingkan. Kami baru berkahwin dan masih berbulan madu, suami saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan, saya reda. Dalam kesedihan saya bermimpi suami saya datang kepada saya seperti sebelum pemergiannya, kami gembira dan tidur bersama dengan bahagia. Selang beberapa malam di antara terlena dengan tidak, saya merasakan suami berada di samping saya, bermadu kasih dengan saya. Kemudian melarat sehingga saya benar-benar yakin, suami meniduri saya. Apakah sebe­narnya, apakah rohnya boleh balik melayan saya. Apa yang harus saya lakukan, saya benar-benar runsing sekarang.
.
Jawapan:
Saya sudah menjelaskan dalam beberapa soalan sebelum ini. Tetapi elok juga saya pertegaskan lagi bahawa, orang yang telah meninggal dunia, roh mereka berada dalam alam kubur hingga ke suatu masa yang terpulang kepada Allah menentukannya.
Ada yang diseksa dalam kubur dan ada yang berbahagia. Selepas itu mereka akan di tempatkan ke alam barzakh sehingga ke hari Kiamat.
Firman Allah (Al-Mukminuun:100)

“Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan”.
Maksudnya selepas kematian mereka akan berada di alam barzakh (yang mereka akan tinggal tetap di dalamnya) sehingga pada hari mereka akan dibangkitkan semula
Dalam Tafsir Al-Qurtubi pada juzuk 18 halaman 56, dalam tafsiran ayat tersebut, bahawa selepas kematian, roh manusia masuk ke alam barzakh, mereka berada di dalamnya. Alam itu tertutup atau terdinding, tersekat daripada mereka kembali ke alam dunia hingga mereka kembali pada Hari Akhirat.
Ertinya, roh orang-orang yang mati, tidak boleh kembali ke alam dunia. Logiknya, kalau orang yang sudah mati, kembali seperti dalam bentuk yang saudari tanyakan tadi, maka mengapa orang yang mati dibunuh dengan zalim, diseksa musuh yang tidak berperikemanusiaan, dirogol dan sebagainya, mengapa mereka tidak balik semula untuk mencari orang yang menganiaya mereka dan membalas perbuatan kejam mereka?
Ini tidak pernah berlaku, kerana hakikatnya orang yang telah mati sudah berada di alam yang ‘terdinding’ dan tidak boleh kembali. Oleh itu persoalan yang ditanyakan tadi, dan hukum syaraknya ia bukan roh suami yang telah mati.
Ia bukan roh, bukan suami, besar kemungkinan ia adalah makhluk halus yang disebut sebagai Qareen. Qareen memang wujud, asalnya ia sebagai bayang-bayang, atau duplikasi daripada suami puan. Apabila suami telah kembali ke alam baqa’, maka makhluk tadi dengan izin Allah, dia boleh menyerupai sebagai suami untuk melakukan apa yang telah berlaku.
Oleh kerana ia bukan suami anda, tetapi makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anda, lindungilah diri anda dengan ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah. Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).
Sebaik-baiknya sebelum tidur, saudari membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.
Wallahu a’lam
(Petikan dari ruangan bersama Dato’ Dr. Haron Din – Harakah 1-15 April 2007